Buku Teks Sains Komputer Tingkatan 3

Huraian Tema Buku

 

Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas Sains Komputer Tingkatan 3. Terdapat empat bidang pembelajaran untuk Asas Sains Komputer Tingkatan 3 dan kandungannya disusun mengikut aras kognitif murid, iaitu bermula dari aras rendah ke aras tinggi. Bidang Pembelajaran yang terlibat ialah:

 

  1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional – Membantu murid dalam membina atur cara untuk menyelesaikan permasalahan harian dengan menggunakan konsep-konsep pemikiran komputasional seperti analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, pengujian dan penyahpepijatan dan dokumentasi.
  2. Perwakilan Data – Data dan maklumat yang dihantar kepada pihak lain perlu dirahsiakan daripada pihak ketiga. Dengan menggunakan teknik-teknik dalam kripografi, segala data dan maklumat boleh disulitkan untuk mengelakkan daripada tersebar ke pihak yang tidak diingini.
  3. Algoritma – Bidang ini fokus kepada algoritma pencarian data dan juga penyusunan data.
  4. Kod Arahan – Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengenalan kepada pangkalan data dan SQL untuk bahagian pertama, dan penggunaan function dan procedure untuk bahagian kedua.

 


 

Biodata Penulis

 

Mohd Suhaimi Bin Ramly

Beliau merupakan graduan daripada Massachusetts Institute of Technologies (MIT) dalam jurusan Matematik dan mempunyai sijil professional daripada Makmal Sains Komputer dan Artificial Intelligence (AI), universiti yang sama. Beliau merupakan Ketua Jurulatih pasukan negara ke International Mathematical Olympiad (IMO) sejak tahun 2009. Beliau juga merupakan pengasas kepada Cabaran Pengaturcaraan Malaysia dan Olimpiad Pengaturcaraan Malaysia. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab menganjurkan pertandingan Beaver Computational Thinking Competition dan Kangaroo Math Competition di Malaysia.

 

Khairul Anwar Bin Mohamad Zaki

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan daripada Purdue University, Amerika Syarikat. Beliau pernah terlibat secara langsung bagi kerja Penyelidikan Pengamalan Terbaik Pedagogi dalam Permikiran Komputasional di 7 buah negara yang terpilih. Menjadi tulang belakang utama bagi Beaver Computational Thinking Competition dan juga merupakan Presiden Persatuan Permikiran Komputasional Malaysia.

 

Khairunizam Bin Ab Rahman

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan merupakan guru mata pelajaran sains komputer sejak 2010. Berpengalaman mengendalikan beberapa siri bengkel dan seminar berkaitan pengaturcaraan melibatkan para guru dan pelajar selama hampir 9 tahun. Pernah mendapat Anugerah Guru Cemerlang berdasarkan penglibatanya di dalam Olimpiad Pengaturcaraan Malaysia pada tahun 2014.

 

Muhammad Zafree Bin Zaharidan

Merupakan graduan di dalam bidang Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktif terlibat di dalam bengkel dan seminar pengaturcaraan dan matematik sebagai jurulatih dan penceramah sejak tahun 2013.

 

Muhamad Danial Bin Zainudin

Beliau memiliki Ijazah Sarjana  Muda Sains dalam bidang Sains Aktuari daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula berkecimpung dalam bidang pengaturcaraan sebagai peserta sejak 2014 dan sehingga kini masih aktif terlibat di beberapa siri bengkel dan seminar pengaturcaraan sebagai jurulatih dan fasilitator.