Kem Sains Cuti Sekolah “E-Lab Amazing Science”

E Lab Amazing Science Camp

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada adik-adik semua,

Saya Abang Fazdlee dari ruangan “E-Lab Amazing Science” ingin memberitahu kepada adik-adik tentang Kem Sains Cuti Sekolah “E-lab Amazing Science” yang bakal dianjurkan oleh Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

Bila dan dimana?

Kem ini akan berlangsung pada 17 and 18 haribulan Mac (Rabu dan Khamis – tidak bermalam) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kem ini terbuka kepada pelajar berumur 11 hingga 17 tahun.

Yuran

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 150 untuk setiap pelajar. Bagi yang telah mendaftar menjadi ahli “Amazing Science Lab Club”, diskaun sebanyak 10% akan diberikan menjadikan bayaran penyertaan hanyalah RM 135 untuk 2 hari. Dapatkan sisipan E Lab dalam akhbar Utusan Malaysia setiap hari Selasa minggu kedua setiap bulan untuk mendapatkan borang keahlian “Amazing Science Lab Club”

Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila isi borang penyertaan  dan kembalikan borang tersebut melalui pos atau fax bersama bukti pembayaran.

Sila muat turun borang dibawah (Right click-Save Link As)

Registration Form-Kem Sains Utusan

ATAU

Jawab RSVP kami di sini dan kami akan menghubungi anda semula

ATAU

Isikan borang online dengan mengklik link dibawah

Pelbagai aktiviti sains menarik dan hadiah hebat menanti adik-adik. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyertai kem ini!

Adik-adik boleh menghebahkan tentang kem sains ini kepada rakan-rakan yang lain. Borang penyertaan yang disertakan boleh dibuat salinan cetak supaya rakan-rakan yang lain juga boleh membuat pendaftaran.

Jumpa Abang Fazdlee di sana ya!